MELAKA – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya melakar kemenangan unggul dengan menguasai 24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN dan PN mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai calon Ketua Menteri Melaka.
Pengerusi BN merangkap Presiden Umno itu menyatakan, watikah pencalonan itu akan diutuskan pada malam ini juga kepada Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Ali Rustam.
“Alhamdulillah, mandat lebih dua pertiga majoriti ini membuktikan bahawa rakyat Melaka terus memilih rekod pencapaian dan kestabilan serta hala tuju pembangunan yang ditawarkan oleh BN dan PN berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang tempoh kempen.
“Alhamdulillah, kemenangan hatrik ini tiga kali berturut-turut bukanlah alasan untuk kita semua bermegah, sebaliknya, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran, kerendahan hati, dan keinsafan.
“Kami sedar bahawa mandat yang diberikan membawa amanah besar untuk melunaskan setiap aku janji manifestasi serta memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat di Melaka tanpa mengira agama, bangsa, dan latar belakang.
“Kami amat bersyukur bahawa Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini sekali lagi memperlihatkan pemahaman politik yang dibina, pemantapan serta keikhlasan semakin subur serta diterima oleh rakyat secara keseluruhan,” katanya.
Menurut Zahid, semangat kesebersamaan antara BN dan PN sepanjang PRN akan terus diperkukuhkan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih stabil, lebih kukuh, dan lebih berwibawa.
BN secara tidak rasmi berjaya menang 21 kerusi DUN, PN pula menawan 3 kerusi DUN Melaka.
Manakala Pakatan Harapan (PH) hanya menang 4 kerusi DUN.



