KUALA LUMPUR – Seramai 96,844 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di negara ini sejak 2024 hingga September tahun ini, menurut statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah membabitkan warga asing bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara.
Beliau berkata, jumlah tangkapan menunjukkan peningkatan daripada 33,136 pada 2024 kepada 36,740 pada 2025, iaitu pertambahan sebanyak 3,604 tangkapan atau 10.9 peratus.
Menurut Mohd Khalid, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 26,968 tangkapan membabitkan warga asing direkodkan.
Beliau berkata, komitmen penguatkuasaan itu turut melibatkan usaha memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan lain menerusi operasi bersepadu, perkongsian risikan dan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Mohd Khalid berkata, PDRM berpegang kepada prinsip kesamarataan di sisi undang-undang, yang menetapkan setiap individu tanpa mengira status, kedudukan atau kewarganegaraan tertakluk kepada undang-undang negara.
“Dalam tindakan ini, PDRM berpegang teguh kepada prinsip kesamarataan di sisi undang-undang (equality before the law), dan setiap individu tanpa mengira status, kedudukan atau kewarganegaraan adalah tertakluk kepada undang-undang negara.
“Sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang tidak akan dikompromi dan akan ditangani melalui tindakan penguatkuasaan yang tegas selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat supaya terus memainkan peranan sebagai rakan strategik polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa.
Menurut Mohd Khalid, kerjasama orang ramai amat penting dalam membantu usaha pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
“Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting dalam membantu usaha pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat agar terus memainkan peranan sebagai rakan strategik pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa.
“Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting dalam membantu usaha pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.



