KUALA LUMPUR – Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mengulang penegasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkait peranan 30 kerusi disumbang Barisan Nasional (BN) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.
Menurut Khairuddin Takiri, Zahid pernah menyebut jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dijawatnya kini adalah hasil lantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahid pernah berkata, Anwar berkuasa melantik atau menggugurkannya daripada Kabinet turut disertai peringatan mengenai peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Zahid berkata, walaupun pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri terletak di bawah kuasa Anwar, Perdana Menteri juga perlu mengakui bahawa sokongan BN menjadi antara faktor penting yang membolehkan Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Yang lantik saya PM. Kalau nak tukar saya pun PM, tapi kena ingat dia jadi PM pun kerana saya. Kalau tak ada BN dengan 30 kerusi tak adalah Kerajaan Perpaduan ini kerana BN melengkapkan PH yang hanya ada 82 kerusi,” katanya.
Kenyataan itu memperlihatkan Zahid mengingatkan bahawa pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan hanya bergantung kepada kekuatan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya turut mengambil kira sokongan BN yang memiliki 30 kerusi Parlimen.
PH memperoleh 82 kerusi pada PRU15, manakala sokongan BN melengkapkan kekuatan gabungan berkenaan dalam pembentukan kerajaan selepas pilihan raya itu.
Pada masa sama, Zahid mengakui kuasa pelantikan dan pengguguran anggota Kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, namun menegaskan sumbangan BN dalam membolehkan Anwar membentuk kerajaan tidak harus diketepikan.



