SPR, MCMC perkukuh keselamatan laman sesawang susulan ancaman serangan siber

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkaitan bagi memperkukuh keselamatan laman sesawangnya susulan laporan disyaki berlaku serangan siber.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, laporan mengenai kejadian itu turut dikemukakan kepada pihak berkuasa berkaitan sebagai langkah awal memastikan sistem suruhanjaya berkenaan terus dilindungi.

“Kita sudah bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan perkara ini tidak berulang, insya-Allah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Sekolah Menengah Kem Terendak, Sungai Udang.

Ramlan berkata, SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Saya masih belum menerima laporan penuh mengenai perkara ini, tetapi insya-Allah SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

“Sama-sama kita berharap serangan siber itu tidak menjejaskan laman sesawang kita kerana ia amat penting bagi kelancaran pelaksanaan pilihan raya,” katanya.

Terdahulu, satu siaran langsung SPR di media sosial memaklumkan laman sesawang suruhanjaya itu dipercayai berdepan ancaman serangan siber.

Sumber: Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat