KUALA LUMPUR – Titah Istana Negara perlu diambil sebagai isyarat jelas bahawa Peguam Negara (AG) Tan Sri Dusuki Mokhtar hilang kelayakan sebagai penasihat undang-undang kerajaan.
Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, Peguam Negara apabila jadi subjek siasatan tiada pilihan lain kecuali bercuti dari jawatan (garden leave ) atau letak jawatan untuk elak persepsi bahawa berlaku pilih kasih dalam siasatan.
“Peguam Negara kata dia keliru, kabur. Istana Negara maklum semua jelas.
“Sekarang ini seluruh negara sudah ada laporan polis terhadap Peguam Negara. Polis akan siasat? Lepas polis siasat kertas siasatan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara.
“Ya,jabatan yang sama yang akan lihat dan putuskan kertas siasatan atas Peguam Negara.
“Jabatan Peguam Negara putuskan siasatan atas Jabatan Peguam Negara? Keliru? Kabur? Itulah Peguam Negara yang ada sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.



