Laman web korporat Bank Rakyat alami gangguan akses

KUALA LUMPUR – Laman web korporat Bank Rakyat mengalami gangguan akses berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga, demikian menurut Bank Rakyat dalam satu kenyataan semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, bank berkenaan menegaskan, sistem dan operasi perbankan Bank Rakyat terus beroperasi seperti biasa, manakala data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas.

Katanya, sementara pemulihan akses laman web korporat sedang dilaksanakan, pelanggan boleh terus menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif berikut iaitu laman web iRakyat, aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda. Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Keselamatan dan kepentingan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Bank Rakyat,” katanya menurut kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat