Bukan UMNO kalau tak khianat, tidak merompak dan merosakkan silaturahim – Abdullah Sani

KLEBANG – Bekas Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abd Hamid, mendakwa skandal berkaitan Tabung Haji mencerminkan amalan salah guna kuasa dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat yang dikaitkan dengan UMNO.

Beliau berkata, tindakan merosakkan silaturahim dan perpaduan serta dakwaan perbuatan merompak menjadi antara perkara yang menurutnya sinonim dengan parti berkenaan.

Berucap pada ceramah kelompok di Pintu Air Klebang, Abdullah Sani turut menyentuh mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji, yang menurutnya mendedahkan isu serius melibatkan wang pendeposit, termasuk golongan yang menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji.

“Tabung Haji, duit orang nak pergi Mekah pun dia mentedarah aje. Itu orang miskin yang simpan duit nak pergi ke Mekah pun dia sapunya. Ini bukan saya cakap, itu RCI yang cakap,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai individu yang dikaitkan dalam laporan berkenaan, dengan menegaskan bahawa proses perundangan perlu dihormati dan keputusan bersalah hanya boleh ditentukan oleh mahkamah.

“Belum lagi hukuman itu dibuat di mahkamah. Tak bersalah lah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan serta tanggungjawab pihak yang dikaitkan dengan isu berkenaan, khususnya berhubung pengurusan aset dan kepentingan Tabung Haji.

Mengambil contoh bangunan yang disebutnya sebagai Raudah, Abdullah Sani mendakwa terdapat kekeliruan mengenai pemilikan aset berkenaan, selain membangkitkan isu nilai sewaan yang didakwanya mencecah RM1.08 bilion.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang serius kerana melibatkan wang dan aset institusi yang sepatutnya diuruskan demi kepentingan pendep deposit.

“Padahal Tabung Haji yang punya. Dia punya apa nama bangunan sewaan RM1.08 bilion. Oh dahsyat. Dia pun sapu macam bapak dia punya duit,” katanya.

Abdullah Sani seterusnya mendakwa, sekiranya pihak yang dikritiknya kembali mempunyai kuasa, perkara seumpama itu berpotensi berulang dan membawa kepada jenayah yang lebih serius.

“Daripada apa yang berlaku ini, kalau dia ada kuasa, sudah barang tentu dia akan melakukan apa yang dipanggil jenayah yang paling menjijikkan,” katanya.

Ucapan tersebut memperlihatkan kritikan keras Abdullah Sani terhadap isu pengurusan Tabung Haji serta dakwaan salah guna kuasa yang dibangkitkan dalam ceramah berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat