Umno sudah bayar RM50 juta kepada mahkamah untuk Najib jalani tahanan rumah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Umno mengumumkan jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu bagi membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun mencapai sasaran dan mencukupi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno telah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

“Susulan itu, Umno dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam (crowdfunding) bagi tujuan tersebut.

“Umno ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah dan merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli Umno seluruh Malaysia dan orang ramai yang tidak putus-putus menyumbang ke dalam akaun yang disediakan sejak hari pertama,” kata Asyraf dalam kenyataan media pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat