Pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN N.13 DUN Paya Rumput

TANGGA BATU – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Paya Rumput menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) selepas selesai proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Kerusi DUN berkenaan menyaksikan pertembungan antara Datuk Azman Abidin mewakili PH, Rafie Ahmad mewakili PN dan Abdul Rashid Abu Bakar mewakili Bersama.

Pegawai Pengurus PRN Melaka DUN Paya Rumput Safuan Effendy Mat Ghani mengumumkan nama kesemua calon yang sah bertanding selepas tempoh proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi selepas ia dibuka pada pukul 9 pagi bertempat di Stadium Hang Jebat di sini.

Azman merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Rafie Ahmad ialah seorang tokoh korporat.

Kerusi DUN Paya Rumput menjadi antara kerusi tumpuan apabila penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Rais kini bertanding di kerusi lain di DUN Sungai Udang.

Azman merupakan calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon pada kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi Naib Presiden PKR dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan diiringi kira-kira 200 orang penyokong.

Pada PRN lepas, Rais yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu menang di kerusi berkenaan dengan majoriti kecil 629 undi.

Ketika itu beliau menewaskan empat lawannya termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PH, Muhammad Fariz Izwan Mazlan (PN), Mohd Jaini Dimon (Bebas) dan Mohamad Hashidi Mohd Zin (Putra).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat