MELAKA -Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Adly Zahari mempertaruhkan rekod perkhidmatan selama 8 tahun untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Tegas Adly, fokus utamanya adalah untuk terus menyelesaikan masalah rakyat, khususnya masalah banjir yang menjadi isu paling utama dirasai penduduk di Bukit Katil.
Ujar beliau, masalah banjir itu telah berjaya diselesaikan dan ia merupakan masalah terbesar yang dihadapi rakyat di kawasan itu sebelum ini.
“Mana-mana saya pergi, taman-taman dan sebagainya, semuanya banjir itu dah selesai dan kita dah selesaikan masalah yang terbesar di rakyat Bukit Katil,” katanya pada Jumaat.
Adly berkata, beliau dan pasukannya telah berkhidmat kepada penduduk Bukit Katil selama 8 tahun dan bekerjasama dengan semua masyarakat serta institusi di kawasan itu.
“Kami mempunyai data keseluruhan aduan dan permohonan yang diterima daripada rakyat,”katanya.
Menurutnya, beliau menerima hampir 215 inisiatif yang diminta oleh rakyat, termasuk 101 melibatkan infrastruktur dan 87 melibatkan bantuan kebajikan dan sebagainya.
“Jadi keseluruhannya yang kita selesaikan 231, jadi maknanya kita ada data bantuan yang kita beri, selesaikan masalah-masalah masyarakat.
“‘Respon masyarakat terhadap kempennya setakat ini cukup baik kerana beliau bukan lagi calon baharu yang perlu memperkenalkan diri,” katanya.
Adly berkata, beliau sudah dikenali oleh keseluruhan masyarakat di Bukit Katil selepas 8 tahun berkhidmat di kawasan itu.
Pun begitu beliau berkata, mengakui wujud cabaran baharu susulan kerjasama antara parti-parti lain yang bertanding pada PRN kali ini.
“Tapi saya yakin respon daripada masyarakat memang agak baik dan beri jaminan kemenangan kepada kita,” katanya.
Adly memaklumkan beliau mengingatkan penyokong supaya tidak leka kerana politik sentimen yang ada akan memberi cabaran kepada PH.
“Dengan komitmen jentera dan sokongan yang diberikan oleh rakyat di Bukit Katil, beliau yakin prestasi PH di kawasan itu akan menjadi lebih baik,” kata Adly.


