Selain KLIA, penyeludup dadah kini pindah operasi ke lapangan terbang Kota Bharu, Pulau Pinang dan Ipoh – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyeludup dadah kini menukar taktik penyeludupan dengan memindahkan operasi sindiket ke Pulau Pinang, ke Alor Setar, ke Kota Bharu dan yang terutamanya ada penerbangan ke luar negara.

Anwar mendedahkan Kota Bharu sekarang ada berlakunya penyeludupan dadah, begitu juga di Pulau Pinang dan Ipoh.

“Penyeludupan ini caranya lebih canggih dan kadang tak dapat dikesan daripada badan itu memang betul.

“Sebab itu sekarang ini disediakan kemudahan yang dipanggil analitik baru, untuk dapat mengesan dadah selain daripada K9. Dan kadang-kadang anjing ni jadi masalah juga di kalangan sebahagian penumpang.

“Ini kemudahan baru yang telah diperolehi. Tetapi baru di KLIA. Sekarang bila mereka tahu KLIA, maka dia pergi ke Pulau Pinang, ke
Alor Setar, ke Kota Bharu dan yang terutamanya ada penerbangan ke luar negara. Kota Bharu sekarang ada, Pulau Pinang ada, Ipoh.

“Jadi kita kena sediakan kemudahan teknologi dan analitik ini yang lebih canggih. Ini tepat yang disebut kerana penjenayah pun dia menggunakan satu peralatan kemudahan yang canggih yang tak dapat dikesan.

“Saya lihat umpamanya satu laporan di mana dadah itu tetapi bila dia tidak dikesan dengan peralatan dan cover yang ada. Tetapi dengan peralatan analitik yang baru mudah-mudahan insya-Allah dapat dikurangkan,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat