GPS di Sarawak tolak kerjasama dengan PKR tidak pula dilabel sombong, angkuh – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR- Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin menempelak reaksi dan tindakan pemimpin PKR yang didakwanya tidak pula melabel Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai sombong apabila memutuskan bergerak secara bersendirian dan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan sekali gus menutup pintu rundingan dengan PKR.

Hafiz membidas, sekiranya situasi sama berlaku di Semenanjung tentunya pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno terutamanya akan dikritik keras bahkan dilabel sombong dan angkuh hanya kerana tidak mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) dan PKR.

Hafiz berkata demikian merujuk kenyataan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang menegaskan, PKR tidak seharusnya lagi mengharapkan kerjasama pilihan raya dengan GPS pada PRN Sarawak akan datang kerana gabungan itu akan bergerak secara bersendirian dan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan DUN.

Abdul Karim berkata, GPS akan menganggap semua parti di luar gabungan itu sebagai lawan, termasuk PKR, DAP, Pas, Bersatu dan Amanah.

Beliau berkata, kedudukan PKR dan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak mempunyai kaitan dengan pendirian politik GPS di peringkat negeri.

“Yang ni tak cakap GPS Sarawak sombong, angkuh sebab tak bekerjasama untuk PRN Sarawak.

“Tak kata pemimpin GPS duduk sebelah dalam Kabinet?

“Kalau dekat semenanjung kemain punya garang. Siap cemik-cemik muka. Yang ni mana suara, mana suara, mana suara? Hello….. selar Hafiz.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat