Ahli Parlimen tandatangani CSA dengan Kerajaan Persekutuan masih pembangkang – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Seramai 13 orang Ahli Parlimen yang menurunkan tandatangan pada Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Persekutuan dua hari lepas sebenarnya masih kekal sebagai pembangkang dalam Parlimen dan bebas mengkritik kerajaan.

Penasihak Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, MoU itu tidak membawa maksud Ahli Parlimen yang terlibat perlu menyokong semua perkara yang dibawa oleh kerajaan.

Bercakap dalam satu video di media sosial Facebook, beliau menjelaskan persefahaman itu akan membolehkan kerajaan menyediakan peruntukan setara kepada kawasan Parlimen terbabit bagi tujuan pembangunan dan penyampaian khidmat kepada penduduk setempat.

Menurut Tengku Zafrul, pemberian peruntukan berkenaan tetap tertakluk kepada peraturan kewangan serta kelulusan Parlimen.

Video berkenaan dihasilkan untuk beliau memperjelas tujuan serta bagaimana persetujuan yang dicapai menerusi CSA itu yang ditandatangani di Parlimen.

Kerajaan Madani memeterai CSA dengan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta enam Ahli Parlimen Bebas.

Menerusi perjanjian itu, kesemua 13 Ahli Parlimen berkenaan bersetuju menyokong pentadbiran Kerajaan Madani sehingga tamat penggal Parlimen semasa, termasuk dalam undian penting berkaitan Belanjawan 2027.

Tengku Zafrul berkata, Ahli Parlimen terbabit turut bersetuju menyokong kerajaan dalam undian penting di Parlimen, termasuk Belanjawan 2027, usul undi keyakinan dan reformasi institusi.

Bagaimanapun, katanya, persetujuan itu tidak menghalang mereka daripada menyuarakan perbezaan pandangan atau mengkritik dasar kerajaan.

“Mereka masih pembangkang, masih boleh kritik kerajaan dan masih boleh semak dan imbang.

“Bukan kena sokong semua perkara. Jadi, tak semestinya bila berbeza parti, semua perkara kita kena bergaduh.

“Kita boleh berbeza pandangan dalam politik, tapi bila melibatkan kepentingan rakyat, kita mesti boleh bekerjasama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat