Gardenia NuMee meneruskan kerjasama bersama pelakon Fasha Sandha sebagai duta jenama untuk tahun keempat berturut-turut, selain memperkenalkan adiknya, Elisya Sandha, sebagai Rakan Jenama bagi memperluas pendekatan pemasaran kepada pengguna daripada pelbagai peringkat usia.
Pengumuman itu dibuat pada majlis yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur, hari ini, sekali gus memperkenalkan gandingan dua beradik berkenaan sebagai wajah baharu kempen Gardenia NuMee.
Gabungan Fasha dan Elisya menjadi sebahagian daripada usaha jenama itu untuk mengukuhkan kedudukannya dalam segmen mi segera tempatan menerusi pendekatan lebih dekat dengan keluarga Malaysia, khususnya golongan muda yang mempunyai gaya hidup aktif.
Kehadiran Elisya dijangka memberikan warna baru kepada kempen jenama berkenaan, terutama dalam menghasilkan kandungan digital dan idea hidangan kreatif yang boleh menarik perhatian generasi muda.
Dalam masa sama, Fasha meneruskan peranannya sebagai wajah Gardenia NuMee selepas kerjasama yang terjalin sebelum ini mendapat kepercayaan untuk disambung bagi tahun keempat.
Menurut Eksekutif Pemasaran Gardenia NuMee, Ida Nadiana Buang, kesinambungan kerjasama bersama Fasha mencerminkan keserasian pelakon itu dengan identiti jenama, khususnya dalam mengetengahkan nilai kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan pengguna.
Penglibatan Elisya pula membawa perspektif berbeza dalam usaha mendekati generasi muda menerusi kandungan yang lebih relevan dengan gaya hidup dan minat mereka.

Seiring dengan pelantikan tersebut, Gardenia NuMee turut memberikan tumpuan kepada rangkaian Signature yang menampilkan dua pilihan perisa, iaitu Signature Tom Yam dan Signature Laksa Kari.
Signature Tom Yam menawarkan gabungan rasa pedas dan masam yang seimbang dengan kuah berkrim, manakala Signature Laksa Kari menampilkan kuah pekat berkrim dengan aroma rempah yang kaya.
Kedua-dua varian ini dilengkapi mi bertekstur kenyal yang memberikan kepuasan dalam setiap hidangan, sekali gus menawarkan pengalaman menikmati mi segera dengan cita rasa yang dekat dengan selera tempatan.
Selain rangkaian Signature, Gardenia NuMee turut menawarkan lima pilihan perisa keseluruhan, iaitu Ayam, Mi Goreng Asli, Kari, Laksa Kari dan Tom Yam.
Kepelbagaian pilihan ini membolehkan pengguna menikmati hidangan mengikut cita rasa masing-masing, sama ada mahukan rasa klasik, berempah mahupun gabungan pedas dan masam.
Produk Gardenia NuMee menyasarkan keluarga serta golongan muda yang memerlukan pilihan makanan ringkas dan mudah disediakan, terutama ketika sibuk dengan urusan kerja, pembelajaran atau aktiviti harian.
Menerusi kerjasama bersama Fasha dan Elisya, Gardenia NuMee merancang memperkenalkan pelbagai idea resipi dan hidangan kreatif menggunakan rangkaian perisanya.
Inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memberikan inspirasi kepada pengguna untuk mempelbagaikan cara menikmati mi segera, malah menggalakkan mereka berkongsi hasil kreativiti masing-masing menerusi platform media sosial.

Pendekatan tersebut turut mengetengahkan konsep penyediaan makanan sebagai aktiviti yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan, sekali gus menjadikan hidangan ringkas lebih menarik.
Sejak diperkenalkan pada 2022, Gardenia NuMee terus mengembangkan rangkaian produknya menerusi pelbagai inisiatif pemasaran dan aktiviti bersama pengguna dalam segmen mi segera di Malaysia.
Berteraskan slogan “Hanya Ini Yang Anda Perlukan”, Gardenia NuMee komited menawarkan pilihan hidangan yang mudah disediakan, enak dan praktikal untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini.
Menerusi gabungan Fasha dan Elisya serta pengenalan pelbagai idea hidangan, Gardenia NuMee berharap dapat terus mendekati pengguna daripada pelbagai generasi sambil mengukuhkan identitinya sebagai jenama Malaysia yang meraikan cita rasa tempatan.


