Daripada watak animasi ke dunia penuh misteri, Spookadilly x Kisah Bawah Tanah menawarkan pengalaman unik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan di Resorts World Genting.
Kalau selama ini kita hanya melihat watak animasi kegemaran beraksi di skrin, kali ini pengunjung berpeluang melangkah masuk ke dunia mereka sendiri. Lebih menarik, pengembaraan itu hadir dengan gabungan elemen misteri, humor dan suasana menyeramkan yang cukup menghiburkan untuk memeriahkan cuti persekolahan.
Menerusi Spookadilly x Kisah Bawah Tanah, Resorts World Genting (RWG) membawakan kelainan dalam sambutan Halloween tahun ini dengan menghidupkan karakter animasi tempatan dalam sebuah pengalaman imersif yang boleh diterokai secara langsung.
Dilancarkan pada 20 Oktober lalu, tarikan ini menggabungkan dunia Spookadilly yang ceria dengan Kisah Bawah Tanah, sebuah karya yang mendapat inspirasi daripada cerita rakyat Asia Tenggara. Hasilnya ialah sebuah pengembaraan yang bukan sekadar mengajak pengunjung melihat-lihat, tetapi turut membawa mereka menyelami jalan cerita dan mengikuti misi bersama watak-watak yang ditemui sepanjang perjalanan.
Bayangkan sedang berjalan-jalan, tiba-tiba muncul pula watak pelik dengan gelagat yang tidak dijangka. Itulah antara tarikan utama pengalaman ini, yang menggabungkan suasana misteri dengan elemen komedi agar pengunjung dapat menikmati keseronokan tanpa perlu berdepan pengalaman seram yang keterlaluan.
Cerita bermula apabila Shrunken Head muncul dari satu rekahan misteri lalu mencetuskan kekacauan di dunia Bawah Tanah. Dari situ, pengunjung dibawa menyertai Bonediddy, Pocing, Zack, Sam dan rakan-rakan mereka dalam usaha memulihkan keadaan.
Sepanjang pengembaraan, lima zon berbeza menanti untuk diterokai, iaitu RnR, Cahaya Apartments, Spookadilly Graveyard, Spookadilly Mansion dan The Mart. Setiap zon mempunyai suasana tersendiri dengan latar berwarna-warni, karakter unik serta pelbagai kejutan yang menjadikan perjalanan lebih menarik.
Apa yang membuatkan tarikan ini berbeza ialah peluang untuk melihat bagaimana dunia animasi tempatan diterjemahkan kepada pengalaman fizikal. Watak dan latar yang sebelum ini hanya dikenali melalui skrin kini hadir dalam ruang yang membolehkan pengunjung mendekati dunia ceritanya dengan cara lebih interaktif.

Bagi Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, kerjasama ini turut menjadi langkah penting dalam mengembangkan Spookadilly sebagai harta intelek hiburan tempatan.
Menurutnya, kolaborasi bersama Kisah Bawah Tanah membuka peluang untuk meneroka watak, cerita dan pengalaman baharu, di samping mengetengahkan kisah tempatan dalam suasana yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati bersama keluarga.
Pengasas bersama Kisah Bawah Tanah, Hendra Wardi, pula menyifatkan kerjasama itu sebagai satu pencapaian bermakna, terutama apabila ia direalisasikan hanya enam bulan selepas Kisah Bawah Tanah memulakan perjalanannya. Gabungan pengalaman RWG dalam industri hiburan dengan pendekatan kreatif dan segar pasukannya dilihat sebagai peluang untuk membawa karya tersebut kepada khalayak yang lebih luas.
Menariknya, pengunjung tidak perlu memperuntukkan bajet yang besar untuk mencuba pengalaman ini kerana tiket Spookadilly x Kisah Bawah Tanah ditawarkan pada harga RM30 seorang. Ia boleh menjadi pilihan aktiviti untuk keluarga, kumpulan rakan atau golongan muda yang ingin mencari kelainan sepanjang cuti persekolahan.
Bagi mereka yang lebih gemarkan pengalaman mendebarkan, The Haunted Highlands 2026 turut menawarkan The Echo Asylum, sebuah tarikan seram yang membawa pengunjung menyusuri hospital sakit jiwa terbiar berlatarbelakangkan era 1950-an. Tarikan ini dibuka kepada pengunjung berusia 13 tahun ke atas dengan harga tiket RM78 seorang.
Jika mahu menikmati kedua-dua pengalaman dalam satu kunjungan, pakej Horror Adventure berharga RM128 turut disediakan. Pakej ini merangkumi kemasukan ke The Echo Asylum dan Spookadilly x Kisah Bawah Tanah, selain tiket standard satu hari ke taman tema Genting SkyWorlds.
Kemuncak suasana Halloween di RWG turut diserikan dengan perarakan, persembahan secara langsung, sesi bertemu watak serta pilihan makanan dan minuman bertemakan Halloween. Pengunjung juga boleh menantikan Halloween Live Experience Concert 2026 yang berlangsung pada 31 Oktober di Arena of Stars, dengan penampilan Nick Chou, DJ Blink, Wang Jackson dan Zen Ng.
Berlangsung sehingga 20 November ini, The Haunted Highlands 2026 menawarkan pelbagai pilihan hiburan untuk mereka yang ingin menikmati suasana Halloween di tanah tinggi. Sama ada mahu meneroka dunia animasi tempatan, menguji keberanian atau sekadar meluangkan masa bersama insan tersayang, kunjungan ke Genting kali ini menjanjikan pengalaman yang berbeza daripada kebiasaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai tarikan dan aktiviti yang ditawarkan, pengunjung boleh melayari rwgenting.com atau mengikuti



