JAIS sahkan tangkapan khalwat babitkan figura awam

KUALA LUMPUR– Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat melibatkan figura awam telah dilakukan di sekitar daerah Petaling pada pukul 6.00 petang, semalam.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat