Perkhidmatan dalam talian Tabung Haji dan bank kembali beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan dalam talian untuk Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam telah disambung semula dan para pendeposit kini boleh membuat transaksi seperti biasa.

TH dalam satu kenyataan menyatakan sistem TH juga sudah bersedia sepenuhnya untuk disambung semula dalam talian dengan bank rakan strategik yang lain.

“Penyambungan semula perkhidmatan kini hanya menunggu pengesahan daripada pihak bank terlibat.

“Sementara itu, para pendeposit boleh mendapatkan kemudahan transaksi serta perkhidmatan-perkhidmatan TH yang lain di Pejabat Cawangan TH,” katanya menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, ada serangan terhadap sistem dan perkhidmatan utama Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada pendeposit.

TH dalam satu kenyataan berkata, bagi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit, TH mengambil langkah menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatan di semua saluran pada Khamis lalu.

Menurutnya, serangan itu adalah perbuatan jenayah terhadap TH dan negara yang bertujuan menjejaskan operasi serta perkhidmatan.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat