Tidak benar Tuanku Muhriz dijemput hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja – Istana Negeri Sembilan

SEREMBAN,  – Istana Negeri Sembilan menyangkal laporan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerima jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, sambil menegaskan kehadiran ke mesyuarat berkenaan tidak memerlukan jemputan.

Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Azizi Mohamad Ali berkata, baginda juga tidak menerima surat atau warkah jemputan daripada Sultan Perak selaku pengerusi mesyuarat untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis Raja-Raja.

“Merujuk kepada laporan media yang tersiar pada hari ini, bahawasanya Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dilaporkan telah menerima jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Istana Negeri Sembilan ingin menjelaskan bahawa kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja TIDAK memerlukan jemputan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azizi, Tuanku Muhriz memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memberikan tumpuan kepada urusan negeri.

Urusan berkenaan ialah Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.

“Namun demikian, Ke Bawah Duli Tuanku telah memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan akan memberikan tumpuan kepada urusan negeri di Negeri Sembilan, iaitu Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu,” katanya.

Istana Negeri Sembilan turut menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan media berhubung perkara itu pernah dikeluarkan kepada mana-mana pihak atau organisasi media sebelum ini.

Penjelasan itu menyusul laporan The Straits Times Singapura yang menyebut Tuanku Muhriz dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 13 hingga 15 Oktober. Laporan tersebut turut dipetik beberapa media tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat