MCMC sambut baik Belanjawan 2027 pertingkat kesalinghubungan, percepat transformasi digital

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik Belanjawan 2027 yang mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas infrastruktur digital, meningkatkan kesalinghubungan serta mempercepat transformasi digital negara demi manfaat rakyat dan pertumbuhan ekonomi.

MCMC berkata, antara inisiatif utama yang diumumkan ialah Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebanyakk RM5 bilion

“Peruntukan ini akan digunakan untuk memperluas liputan Internet berkualiti tinggi di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk perkampungan Orang Asli, serta meningkatkan kesalinghubungan merentasi 7,000 kilometer jalan raya dan lebuh raya serta 1,700 kilometer laluan rel di seluruh negara.

“Selain itu, pemerkasaan ekosistem kesihatan digital negara, RM1 bilion Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) akan terus meningkatkan infrastruktur dan kesalinghubungan digital sektor kesihatan, menyokong peluasan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR), telekesihatan dan penggunaan dron bagi penghantaran ubat, sekali gus menambah baik akses kepada perkhidmatan kesihatan di luar bandar dan pedalaman.

“Manakala untuk pemerkasaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebanyak RM142 juta dan peruntukan ini akan memperkasa fungsi NADI sebagai hab komuniti digital melalui penyediaan latihan kemahiran digital dan kecerdasan buatan (AI), selain menyokong pembangunan ekonomi dan keusahawanan setempat.

“Sistem Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), pembangunan SALAM akan meningkatkan kapasiti dan daya tahan rangkaian antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi digital yang lebih inklusif dan mampan,” kata MCMC dalam kenyataan.

Sementara itu, MCMC berkata inisiatif lain ialah peluasan Akses Internet di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Penyediaan Wi-Fi di semua IPT awam akan memastikan akses Internet yang lebih menyeluruh kepada pelajar, menyokong pembelajaran digital serta pembangunan bakat masa hadapan. VI.

“Sovereign AI Cloud, Keselamatan Siber dan Internet Selamat Pembangunan Sovereign AI Cloud serta usaha mempertingkatkan keselamatan siber negara akan memperkukuh kedaulatan data, menyokong pembangunan AI yang selamat dan meningkatkan daya tahan ekosistem digital negara,” katanya.

Dalam pada itu, MCMC juga akan terus memperhebat Kempen Internet Selamat di sekolah-sekolah seluruh negara sambil membanteras penipuan digital, termasuk menyekat lebih 5.7 bilion panggilan dan SMS berunsur penipuan. Sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia, MCMC komited memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, industri dan negara.

“MCMC yakin pelaburan strategik ini akan terus memacu pembangunan ekonomi digital serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara digital yang berdaya saing,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat