Kerajaan galakkan penglibatan sektor swasta dalam pelaburan berkaitan adaptasi iklim

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus memperkukuh agenda adaptasi perubahan iklim melalui pembangunan Malaysia National Adaptation Plan (MyNAP) serta menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam aspek mobilisasi pembiayaan ke arah meningkatkan daya tahan iklim Malaysia.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam satu kenyataan menjelaskan perubahan iklim bukan lagi sekadar isu alam sekitar tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi, perniagaan, pelaburan dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, adaptasi perlu dilihat sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan dan daya saing negara.

“Kita perlu memastikan keutamaan adaptasi diterjemahkan kepada tindakan dan pelaburan yang dapat mengurangkan risiko serta melindungi ekonomi negara,” kata Menteri NRES Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut MyNAP sedang dibangunkan sebagai strategi nasional untuk mengenal pasti risiko, menetapkan keutamaan dan pemandu tindakan adaptasi merentasi lima sektor utama, iaitu air, dan sumber persisir, pertanian dan keterjaminan makanan, perhutanan dan biodiversiti, banda dan infrastruktur serta kesihatan awam.

“Pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society akan memperkukuh penyelarasan antara Kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan dan pihak berkepentingan,” menurut kenyataan itu.

NRES berkata agenda adaptasi perubahan iklim ini turut mencerminkan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat nilai Kemampanan dan Kesejahteraan sebagai asas pembangunan negara, di samping memperkukuh Daya Cipta melalui penerapan teknologi, inovasi dan pendekatan pembiayaan baharu.

“Pada masa yang sama, kerjasama erat antara Kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan dan masyarakat mencerminkan semangat Keyakinan dan Ihsan dalam memastikan tindakan menangani risiko perubahan iklim dilaksanakan secara bersama, inklusif dan memberi manfaat kepada rakyat serta menjamin kelangsungan
generasi akan datang,” katanya.

Arthur berkata kerajaan mempunyai peranan penting dalam menyediakan dasar dan persekitaran yang kondusif namun kerajaan tidak boleh melaksanakan agenda daya tahan iklim secara bersendirian.

“Penglibatan sektor swasta dan institusi kewangan amat penting untuk memobilisasi, modal, teknologi, inovasiu dan kepakaran bagi memperluaskan tindakan adaptasi,” katanya.

Beliau berkata memandangkan pembiayaan awam sahaja tidak mencukupi dan terhad, mobilisasi modal swasta perlu diperkukuh melalui pendekatan seperti kerjasama awam-swasta, blended finance dan mekanisme jaminan yang bersesuaian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat