KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS Terengganu Muhammad Hamdi Harun meletakkan jawatan.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Dewan Pemuda PAS Terengganu mengesahkan menerima peletakan jawatan beliau semalam dan bersetuju melantik pemangku bagi Ketua, Timbalan dan Naib Pemuda PAS Terengganu.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terenganu Mohd Riduan Abu Bakar berkata mesyuarat khas yang diadakan semalam sebulat suara menerima peletakan jawatan itu.
Hamdi menang tanpa bertanding jawatan itu bagi sesi 2025–2027 dalam mesyuarat agung tahunan dewan Pemuda PAS Terengganu, tahun lalu.
“Susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku ketua Pemuda bagi sesi 2026–2027,” katanya dalam kenyataan itu.
Menurutnya lagi, jawatan timbalan ketua dan naib ketua masing-masing dipangku Irsyad Syafiq Burhanuddin dan Abdul Manaff Ghani.



