Malaysia, Singapura tingkat kerjasama operasi pencegahan dadah menjelang pembukaan RTS Link 31 Disember ini

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia dan Biro Narkotik Pusat (CNB), Singapura telah mengadakan mesyuarat dua hala bagi memperkukuh kerjasama strategik dan operasi, terutamanya dalam mendepani cabaran keselamatan sempadan menjelang pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru -Singapura pada 31 Disember ini.

Mesyuarat itu di pengerusikan oleh Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh bersama delegasi CNB Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Operasi) CNB, Aaron Tang, yang berlangsung dekat sini baru-baru ini.

Ruslin berkata, pembukaan perkhidmatan RTS Link bakal meningkatkan pergerakan merentas sempadan secara signifikan, sekaligus menuntut koordinasi dan kesiapsiagaan yang mantap daripada agensi penguatkuasaan kedua-dua negara demi memastikan persekitaran yang selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

“Sesi perbincangan ini menyediakan platform penting untuk AADK dan CNB memperincikan susunan operasi, mekanisma penyelarasan pegawai, serta saluran komunikasi pantas di pintu masuk utama, iaitu Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Chagar di Johor dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands North di Singapura.

“AADK akan menempatkan pegawai Unit Antidadah Sempadan (UAS), di Bukit Chagar, Johor dan di Woodlands, North Singapura.

“Kedua-dua agensi turut meneliti perkembangan trend baharu ancaman dadah rentas sempadan yang semakin kompleks, termasuk penggunaan teknologi dan platform dalam talian, kemunculan bahan psikoaktif baharu (NPS), serta modus operandi penyeludupan terkini, ”katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, kejayaan kerjasama dua hala ini tidak hanya diukur melalui perbincangan rasmi, sebaliknya menerusi tindakan susulan yang konkrit dan praktikal yang dilaksanakan oleh pasukan operasi kedua-dua belah pihak.

“AADK kekal komited untuk memperkasakan hubungan baik dalam aspek penguatkuasaan bersama agensi serantau demi melindungi kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara daripada ancaman penyalahgunaan
serta penyeludupan dadah, ”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat