SEREMBAN – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli, memuat naik kenyataan media mengenai keputusan mesyuarat Exco berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di akaun media sosialnya.
Sementara itu, pegawai media kepada Datuk Seri Jalaluddin Alias turut mengesahkan kesahihan kenyataan media yang diperoleh SuaraTV daripada sumber tinggi kerajaan negeri itu.
Perkembangan tersebut mengesahkan bahawa dokumen berkenaan merupakan kenyataan yang dikeluarkan, selepas sebelum ini belum ada anggota Exco atau pegawai kerajaan negeri yang tampil mengesahkan atau menafikannya.
Kenyataan bertarikh 16 September 2026 itu mendakwa mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, pada Selasa telah mencapai keputusan kolektif untuk menjunjung ketetapan Undang Yang Empat.
Ia seterusnya mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz diturunkan takhta, manakala Tuanku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Ja’afar dipilih dan diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa serta-merta.
Pengesahan terhadap kenyataan media itu bagaimanapun tidak dengan sendirinya memutuskan pertikaian mengenai kesahan proklamasi yang dinyatakan di dalamnya. – SuaraTV


