Armada tuntut SPRM batalkan sekatan akaun Bersatu selepas Muhyiddin lepas bebas dari pertuduhan rasuah Jana Wibawa

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membatalkan sekatan ke atas akaun-akaun bank rasmi Bersatu tanpa sebarang alasan birokrasi lagi.

“Tiada lagi asas perundangan mahupun moral untuk terus membekukan hak pengurusan kami,” tegas Ketua Penerangan Armada Bersatu Harris Idaham Rashid.

Beliau berkata demikian bagi menzahirkan rasa syukur atas keputusan tegas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Noor Ruwena Md Nurdin, hari ini yang melepas dan membebaskan (acquit and discharge) Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, daripada pertuduhan terkait program Jana Wibawa.

“Keputusan ini merupakan pengabsahan mutlak bahawa pentadbiran beliau sentiasa bersih, berintegriti, dan berpaksikan undang-undang, sekaligus meruntuhkan segala tohmahan jahat musuh.

“Bagi pihak Armada, saya menegaskan bahawa rantaian pertuduhan terpilih ini adalah sebuah persekuasi politik (political persecution) terancang demi melumpuhkan perjuangan kami.

“Rentetan pelepasan mutlak ini, Armada menuntut agar SPRM segera membatalkan sekatan ke atas akaun-akaun bank rasmi BERSATU tanpa sebarang alasan birokrasi lagi. Tiada lagi asas perundangan mahupun moral untuk terus membekukan hak pengurusan kami.

“Kebenaran hari ini menjadi semboyan keramat: Bersatu kini sedia bangkit dengan solidariti penuh dan kekuatan total! Segala rintangan tirani ini tidak sedikit pun melemahkan maruah kami, malah menyemarakkan lagi obor perjuangan Armada untuk mara ke hadapan membentengi saf kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menuntut keadilan mutlak demi rakyat seluruh negara,” tegas Harris.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat