Mat Sabu jamin organisasi di bawah KPKM patuh tatakelola, urus wang sebaiknya

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memperkukuh pemantauan aspek tata kelola, integriti dan pengurusan kewangan di semua agensi serta anak syarikat agensi di bawah Kementerian.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu mahu setiap organisasi di bawah KPKM diurus secara telus, berintegriti dan mematuhi sepenuhnya peraturan serta tatacara yang ditetapkan.

“Sebarang kelemahan dalam pengurusan, ketidakpatuhan atau perkara yang boleh menjejaskan kepentingan awam hendaklah dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya.

“Pengurusan agensi dan anak syarikat juga perlu memastikan setiap keputusan, perolehan serta penggunaan dana awam dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan.

“KPKM tidak akan berkompromi dalam soal integriti dan tata kelola.

“Amanah rakyat mesti dijaga dan setiap ringgit wang awam perlu diurus dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat