KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, difahamkan bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira jam 4 petang itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2026) yang sedang berlangsung.
Turut hadir, tiga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dan Datuk Seri Khaled Nordin.
Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada Ismail berhubung dakwaan tandatangan secara paksa berkenaan, termasuk mengetahui latar belakang dan keadaan yang membawa kepada kenyataan tersebut.


