KUALA LUMPUR- Selepas ini Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek akan mulakan satu segmen “Fadhlina Buat Apa?” untuk berkongsi satu demi satu apa yang telah dilakukan dan dicapai oleh pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang pentadbiran Kerajaan Madani.
Menurut Fadhlina beliau akan cerita satu persatu kelak.
“Tak kurang juga yang tag dan bertanya, “Fadhlina buat apa?” Soalan yang baik. Dan rasanya memang wajar dijawab.
“Jadi selepas ini saya akan mulakan satu segmen “Fadhlina Buat Apa?” untuk berkongsi satu demi satu apa yang telah dilakukan dan dicapai oleh pasukan KPM sepanjang pentadbiran Kerajaan Madani.
“Ada yang mungkin kita pernah dengar. Ada juga yang mungkin ramai belum tahu.
“Satu-satu kita cerita,” kata Fadhlina.
Perkara ini timbul selepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengetuai seramai 1,328 penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Fadhlina menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri.



