Jika BN pilih PH di Melaka Pas ada pelan B – Hadi beritahu perbincangan masih berjalan

KUALA LUMPUR – Pas yang menerajui parti gabungan Perikatan Nasional (PN) mempunyai alternatif jika Barisan Nasional (BN) memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun, Presiden Pas Tan Seri Abdul Hadi Awang berkata, beberapa pemimpin PN masih mengadakan perbincangan terutama membabitkan kerjasama dengan pimpinan BN untuk menghadapi PRN Melaka.

Katanya, perbincangan masih berjalan dan belum ada keputusan muktamad walaupun majoriti kalangan pimpinan BN bersetuju kerjasama diteruskan.

“Pas yang menerajui gabungan PN mempunyai alternatif jika BN memilih untuk bekerjasama dengan PH pada PRN Melaka.

“Kita dimaklumkan pimpinan BN masih bercelaru dan berada dalam keadaan berbelah bagi walaupun majoriti pimpinan parti itu bersetuju kerjasama dengan PN diteruskan,” katanya di Masjid Rusila lapor BH pada Jumaat.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika ditanya pendirian Pas dan PN jika BN memilih untuk bekerjasama dengan PH pada PRN Melaka.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumpamakan BN sebagai ‘anak dara cantik’ yang menjadi rebutan beberapa gabungan parti untuk bekerjasama menghadapi PRN Melaka.

Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka dilaporkan berkata, beberapa pihak dijangka tampil menyatakan hasrat untuk ‘meminang’ BN dalam tempoh terdekat bagi membolehkan gabungan itu ‘berkahwin secara sah’.

Hadi berkata, setakat ini belum ada keputusan dan perbincangan antara pimpinan PN dan BN masih berjalan.

“Kita tunggu keputusan hasil perbincangan kerjasama, tetapi Pas dan PN mempunyai beberapa strategi dan hala tuju serta alternatif bagi memperkukuh perpaduan serta kedudukan politik Melayu dan Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrim.

“Pas yakin proses rundingan serta pembentukan kerjasama politik menjelang PRN Melaka adalah lebih mudah berbanding situasi dihadapi pada PRN Johor pada 11 Julai lalu,” katanya.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada maklum balas serta respons positif yang diterima di peringkat akar umbi selain mengambil kira senario politik semasa negara.

“Situasi pada PRN Johor lebih rumit, tetapi laluan dan keadaan di Melaka lebih mudah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat