E-mel Pembaca : Biara Gua Sakyamuni bukan sahaja ‘haram’, tetapi membahayakan nyawa pengunjung

Saya membaca laporan Suara.TV semalam mengenai Biara Gua Sakyamuni di Gunung Kanthan.

Pihak biara bukan sahaja tidak menghormati undang-undang dan keputusan Mahkamah, tetapi lebih membimbangkan ialah kawasan biara itu tidak lagi selamat digunakan kerana boleh membahayakan nyawa manusia

Penilaian geologi menunjukkan gua tersebut berada dalam zon bahaya tinggi berdasarkan garis panduan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Penemuan rekahan pada batuan dan bumbung gua, resapan air, tebing curam, bongkah tergantung serta bukti jatuhan batuan lama dan baharu.

Batu kapur secara semula jadi mudah mengalami pelarutan dan luluhawa yang boleh melemahkan struktur batuan sehingga menyebabkan keruntuhan bumbung gua tanpa amaran.

Lebih membimbangkan, ciri geologi di Gua Green Temple dikatakan mempunyai persamaan dengan keadaan Gunung Cheroh sebelum tragedi runtuhan pada 18 Oktober 1973 yang mengorbankan 40 nyawa.

Bongkah yang runtuh dalam tragedi Gunung Cheroh dianggarkan seberat 23,000 tan. Sama seperti di gua Green Temple yang dianggarkan boleh melebihi 50,000 tan, walaupun masih memerlukan penilaian kejuruteraan lebih terperinci.

Pengunjung yang datang untuk beribadat mungkin tidak mengetahui keadaan sebenar struktur gua. Mereka hadir dengan kepercayaan bahawa tempat itu selamat.

Siapakah yang akan bertanggungjawab jika berlaku runtuhan ketika upacara keagamaan dan ada nyawa terkorban?

Mempertahankan rumah ibadat tidak boleh sehingga mengabaikan keselamatan. Fungsi sebuah biara boleh diteruskan di lokasi lebih selamat. Namun, nyawa yang terkorban tidak mungkin dikembalikan.

Selain itu, keputusan mahkamah perlu dihormati. Keputusan mahkamah sendiri bersesuaian dengan lokasi tersebut tidak lagi selamat untuk dijadikan pusat ibadat.

Jika pihak biara benar-benar mengutamakan kebajikan sami dan penganut, langkah paling bertanggungjawab ialah mengosongkan kawasan tersebut yang berisiko tinggi.

Jangan tunggu bongkah batu jatuh atau bumbung gua runtuh sebelum bertindak. Nyawa manusia tidak boleh dijadikan pertaruhan demi mempertahankan sebuah gua atas alasan agama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat