Tabung Haji dikhianati oleh orang Melayu bukannya Cina – Mat Sabu

SEREMBAN – Bukan bangsa Cina mahupun India yang mengkhianati dan meruntuhkan Tabung Haji (TH) sebaliknya ia dirosakkan sendiri oleh orang Melayu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan, Tabung Haji diselamatkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang berbangsa Cina.

“Hey! Yang mengkhianati Tabung Haji bukan Cina, bukan India… Melayu!

“Yang menyelamatkan Tabung Haji, Melayu juga! Mujahid Rawa! Dan mengeluarkan uang daripada tabung kerajaan, menyelamatkan Tabung Haji… Lim Guan Eng!

“Siapa yang meruntuhkan Tabung Haji? Bacalah laporan sepenuhnya. Pakar-pakar audit akan mendedahkan, Insya-Allah akan ada tindakan.

“Terima kasih juga kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di zamannya, maka dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat Tabung Haji.

“Sebab waktu itu tuduh-menuduh dalam Parlimen. Mereka tuduh kita, kita tuduh mereka. RCI bukan tuduh-menuduh. Ia diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Raus orang Rembau.

“Saya bagi mukadimah saja, sebab kita tahu yang mengkhianati Tabung Haji… Melayu.
Melayu mazhab apa? Tunggu,” kata Presiden Amanah itu dalam Ceramah Grand Finale Kekal Harapan di Seremban.

Mat Sabu menambah, 1MDB juga dikhianati oleh Melayu.

“Hadirin sekalian, 1MDB yang khianati siapa? Melayu. Jadi , kita kena ambil sikap. Mereka yang baik, mereka yang ada integriti, kita sokong.

“Hak istimewa orang Melayu berulang kali disebut oleh Anthony Loke, disebut oleh pemimpin DAP, mereka tak ganggu, bahkan mereka menyokong.

“Tapi kita main create fear, create ketakutan, create satu doubt dalam masyarakat kita.

“Tengok sekarang, kita ni tak ada kerja lain. Kerja pilihan raya. Anthony Loke kena berhempas-pulas di sini. Patut berada di pejabat, ada mesyuarat Kabinet.

“Saya pun mesyuarat Kabinet dok tengok jam, bila nak habis ni? Nak pergi kempen. Lepas ni Melaka pula. Ni apa kerja kita ni? Tak ada kerja lain ka pilihan raya ka? Kerja kita pilihan raya saja! Kerja pejabat, kerja apa… terbengkalai. Kerana apa? Pilihan raya, pilihan raya,” keluh AhlI Parlimen Kota Raja itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat