Sibuk kempen Asna sempat bantu mangsa kemalangan

SEREMBAN – Dalam kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berbaki 6 hari sahaja lagi calon Barisan Nasional (BN) DUN Lenggeng Datuk Mohd Asna Amin masih mementingkan nilai kemanusiaan.

Hal ini apabila Asna dan jentera BN mencuri masa membantu sebuah keluarga yang terlibat kemalangan dan menghantar mereka ke klinik kesihatan berdekatan ketika dalam perjalanan ke lokasi kempen.

“Satu kemalangan baru berlaku dalam perjalanan dari satu lokasi kempen ke lokasi yang lain, melibatkan sebuah keluarga.

“Saya terus membantu dan menghantar mereka sekeluarga ke klinik kesihatan berhampiran.

“Saya doakan semoga Allah mengurniakan kesembuhan buat mereka,” ucap Asna dalam hantaran di TikToknya pada Ahad.

Paling mencuri perhatian apabila salah seorang mangsa kemalangan memakai anduh tangan menggunakan bendera BN yang dipasang di kawasan kemalangan terbabit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat