Berbeza langkah, Anwar dan Zahid tidak putus kawan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih bersahabat baik meskipun berbeza langkah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Dalam hantaran Facebooknya Presiden PKR itu menukilkan empat baris pantun yang didedikasikan buat Presiden Umno yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Burung merbah terbang sekawan,
Guruh berdentum membelah awan;
Berbeza langkah, jangan putus kawan,
Selagi muafakat, kita sehaluan”.

Daripada tulisan itu Anwar menggambarkan meskipun berbeza langkah dengan Zahid namun diharapkan persahabatan mereka tidak akan putus.

Ujar Anwar lagi, selagi mereka bermuafakat maka jalan itu masih sehaluan.

Anwar turut menulis tanda pagar #YakinMADANI.

Untuk rekod, dalam PRN Negeri Sembilan Barisan Nasional (BN) memilih untuk berpakat dengan Perikatan Nasional (PN) manakala Pakatan Harapan (PH) bergerak bersama komponennya sahaja.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat