Lim Guan Eng Gesa Kenaikan Tarif Air Pulau Pinang Ditangguhkan Setahun

BUTTERWORTH — Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menangguhkan selama setahun kenaikan tarif air sebanyak 20 sen bagi setiap meter padu.

Dalam surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Lim berkata penangguhan itu wajar dibuat susulan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup dan kesan kenaikan harga minyak serta barangan harian.

Menurutnya, kenaikan itu dicadangkan daripada kadar tarif purata semasa 62 sen bagi setiap meter padu dan dijangka menambah hasil Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebanyak RM20 juta setahun.

Lim berkata alasan kenaikan tarif bagi menampung kos pembinaan, penggantian dan pembaikan infrastruktur air kurang meyakinkan memandangkan tambahan hasil tersebut jauh lebih kecil berbanding perbelanjaan berbilion ringgit yang diperlukan.

Beliau turut merujuk prestasi kewangan PBAPP, yang menurutnya mencatat keuntungan sebelum cukai RM49.6 juta pada suku pertama 2026, berbanding RM23.1 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Dari segi kewangan, PBAPP memang mampu bertahan untuk tempoh setahun untuk menunggu kenaikan tarif air ini pada tahun depan,” katanya.

Lim berkata, sekiranya PBAPP memerlukan dana tambahan, kerajaan negeri boleh memohon geran kewangan atau pinjaman daripada kerajaan Persekutuan.

Beliau berharap kerajaan negeri mempertimbangkan rayuan tersebut bagi membantu mengurangkan beban rakyat dan meringankan kos sara hidup.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat