PRN Johor: PN Gesa Rakyat Pilih PN, Tolak Kerajaan MADANI – Annuar Musa

BATU PAHAT — Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah memberikan sokongan kepada calon PN, Othman Kepol, sambil menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai peluang untuk rakyat menentukan hala tuju negeri melalui pilihan di peti undi.

Bercakap kepada SuaraTV selepas selesai proses penamaan calon di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, beliau berkata pertandingan tiga penjuru di DUN Semerah memberi ruang kepada rakyat menilai prestasi Kerajaan MADANI, selain mempertimbangkan PN sebagai alternatif kepada gabungan kerajaan sedia ada.

Menurutnya, PAS mempertaruhkan seorang calon tempatan yang telah lama berkhidmat dan dikenali masyarakat, selain menyifatkan calon berkenaan sebagai yang terbaik dalam persaingan kali ini.

“Alhamdulillah, proses penamaan calon telah selesai dan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

“PAS mempertaruhkan calon yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk setempat, seorang pemimpin akar umbi yang sudah dikenali dan telah lama berkhidmat serta sentiasa bersama masyarakat.

“Saya fikir, kita menawarkan calon yang terbaik daripada ketiga-tiga calon yang bertanding,” katanya.

Annuar berkata, PN komited menjalankan kempen secara beretika dan berhemah, selaras dengan prinsip perjuangan gabungan yang diterajui PAS.

“Yang penting, kita ingin memastikan proses kempen Perikatan Nasional berjalan dalam suasana yang penuh beretika, selaras dengan prinsip kita sebagai gabungan yang ditunjangi oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Kita tidak memusuhi sesiapa, sebaliknya menawarkan satu alternatif kepada rakyat kerana dua lagi calon mewakili Kerajaan MADANI,” katanya.

Beliau berkata, pengundi perlu menggunakan PRN Johor sebagai medan untuk menilai prestasi kerajaan yang dianggotai PH dan BN sebelum membuat keputusan di peti undi.

“Jadi, ini adalah peluang kepada rakyat untuk menilai PH dan BN. Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada Kerajaan MADANI dan kini terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan. Sementara itu, kita adalah pilihan ketiga.

“Jadi, sesiapa yang tidak bersetuju dengan Kerajaan MADANI, tolak BN, tolak PH, undilah Perikatan Nasional,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat