BOKITTA bukan lagi sekadar tudung, kini menjadi gaya hidup muslimah

PUTRAJAYA: Kalau dulu orang kenal BOKITTA sebagai jenama tudung instant yang mudah dipakai dalam beberapa saat, hari ini cerita jenama itu sudah jauh berubah. Selepas lebih 15 tahun dalam industri fesyen Muslimah, BOKITTA kini bergerak ke arah yang lebih luas apabila tidak lagi hanya tertumpu kepada tudung semata-mata, sebaliknya mula membina identiti sebagai jenama gaya hidup untuk wanita moden yang mahukan keselesaan, gaya dan fungsi dalam satu pilihan.

Perubahan ini dapat dilihat dengan jelas melalui pembukaan semula butik BOKITTA di Alamanda Putrajaya yang kembali beroperasi selepas tempoh tiga tahun tidak aktif di lokasi itu. Walaupun ada yang menyangka jenama ini sudah tidak lagi berada di Alamanda, hakikatnya ia hanya berhenti sementara apabila pusat beli-belah tersebut menjalani kerja ubah suai besar-besaran.

Kini apabila pintu butik dibuka semula, suasananya terus memberi rasa yang berbeza. Ruang yang sebelum ini lebih sederhana kini berubah menjadi lebih luas, lebih tenang dan lebih selesa untuk pelanggan bergerak, melihat koleksi dan mencuba pilihan tanpa rasa tergesa-gesa. Ia seolah-olah memberi nafas baru kepada cara pelanggan membeli-belah, bukan sekadar datang, pilih dan pergi, tetapi lebih kepada menikmati proses memilih itu sendiri.

Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan BOKITTA, Datin Ayu Roslan berkata keputusan untuk kembali beroperasi di Alamanda datang daripada permintaan pelanggan yang tidak pernah berhenti bertanya tentang kepulangan jenama itu ke lokasi berkenaan. Menurutnya, hubungan antara pelanggan dan BOKITTA sangat kuat sehingga ramai yang sudah biasa menjadikan butik itu sebagai tempat mereka mendapatkan koleksi kegemaran.

Katanya lagi, pembukaan semula ini bukan sekadar membuka ruang jualan yang baru, tetapi juga memberi peluang untuk jenama itu memperkenalkan cara baru dalam memberi servis kepada pelanggan. Segala susun atur butik direka supaya pelanggan lebih mudah melihat pilihan yang ada, sambil menikmati suasana yang lebih santai dan tidak sesak.

Rekaan dalaman butik pula kini tampil dengan konsep Modern Minimalist with Organic Mediterranean yang menggunakan tona warna lembut, pencahayaan yang lebih natural dan suasana ruang yang lebih terbuka. Semua ini diwujudkan supaya pelanggan rasa lebih selesa berada dalam butik, seolah-olah berada dalam ruang yang lebih peribadi dan tidak terlalu sibuk seperti kebanyakan pusat jualan biasa.

Namun perubahan paling besar BOKITTA sebenarnya bukan hanya pada butik, tetapi pada arah jenama itu sendiri. Jika dahulu BOKITTA lebih dikenali dengan satu atau dua gaya tudung instant yang menjadi identiti utama, kini setiap pelancaran koleksi hadir dengan lebih banyak variasi. Dalam satu koleksi sahaja, biasanya diperkenalkan sekitar sepuluh gaya berbeza, dan secara keseluruhan pilihan yang ditawarkan kini melebihi enam belas rekaan yang boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi A&A Empire Sdn. Bhd., Aniza Shahadan berkata perubahan ini berlaku kerana perubahan cara hidup pelanggan yang semakin pelbagai. Wanita hari ini bukan sahaja mencari tudung yang mudah dipakai, tetapi juga mahu sesuatu yang sesuai dengan bentuk wajah, gaya harian dan situasi yang berbeza.

Menurutnya, BOKITTA masih mengekalkan identiti tudung instant yang menjadi asas jenama itu sejak awal, tetapi kini memberi lebih banyak pilihan supaya setiap pelanggan boleh memilih gaya yang paling sesuai dengan diri mereka sendiri tanpa rasa terhad kepada satu bentuk sahaja.

Rekaan baru yang diperkenalkan juga memberi fokus kepada penampilan yang lebih natural. Ia direka supaya tudung tidak kelihatan terlalu keras pada wajah, sebaliknya memberi efek yang lebih lembut dan seimbang. Walaupun nampak lebih moden dan ringkas, setiap rekaan masih boleh dipakai dalam masa kurang daripada lima belas saat, sesuatu yang sangat sesuai dengan gaya hidup pantas hari ini.

Dalam masa yang sama, BOKITTA tidak melupakan pelanggan lama yang sudah bersama sejak awal perjalanan jenama itu. Koleksi signature yang telah berada di pasaran lebih lima belas tahun masih mempunyai peminat tersendiri, terutama dalam kalangan wanita berusia tiga puluh lima hingga lima puluh tahun yang sudah serasi dengan gaya tersebut dan terus setia menggunakannya sehingga hari ini.

Namun untuk memastikan jenama ini terus relevan dengan perubahan zaman, BOKITTA juga membuka ruang kepada pelanggan baru yang mahukan sesuatu yang lebih segar, moden dan mudah digayakan tanpa perlu meninggalkan identiti asal jenama itu sendiri.

Antara koleksi yang paling mencuri perhatian ialah Monogram, yang menjadi simbol kepada identiti BOKITTA. Ramai yang melihatnya sebagai sekadar corak eksklusif, tetapi sebenarnya rekaan ini mempunyai cerita tersendiri kerana dihasilkan daripada olahan tulisan jawi kufi yang membentuk nama BOKITTA sebelum dijadikan satu corak yang lebih moden dan unik.

Menurut Aniza, Monogram bukan sekadar rekaan pada fabrik, tetapi satu cara untuk menceritakan identiti jenama itu kepada pelanggan. Setiap kali pelanggan memakai koleksi tersebut, ia membawa bersama cerita di sebalik rekaan itu sendiri.

Setakat ini, koleksi Monogram ditawarkan dalam kira-kira lapan belas pilihan warna, dengan beberapa warna baru diperkenalkan sempena pembukaan semula butik di Alamanda. Warna-warna ini akan terus ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan sambutan pelanggan.

Selain Monogram, BOKITTA turut memperkenalkan material baru Ribbed Jersey yang menggunakan gentian semula jadi Lenzing. Fabrik ini lebih anjal, sejuk dipakai, menyerap peluh dengan baik dan tidak perlu digosok, menjadikannya pilihan yang sangat sesuai untuk wanita yang mempunyai jadual harian yang padat dan aktif.

Hari ini, BOKITTA juga tidak lagi terhad kepada tudung semata-mata. Jenama ini turut menawarkan pakaian, pakaian sukan, telekung dan pelbagai aksesori lain yang melengkapkan gaya hidup wanita Muslimah moden. Perubahan ini menjadikan BOKITTA lebih dekat dengan kehidupan harian pelanggan, bukan hanya sebagai jenama fesyen tetapi sebagai sebahagian daripada rutin gaya hidup mereka.

Selain itu, BOKITTA turut merancang untuk menjadikan butik mereka sebagai ruang yang lebih hidup dengan pelbagai aktiviti bersama pelanggan. Butik bukan lagi sekadar tempat untuk membeli-belah, tetapi juga ruang untuk berinteraksi, berkongsi dan berhubung dengan komuniti pelanggan yang lebih luas.

Dalam masa yang sama, mereka juga telah membuka outlet pertama di Lalaport BBCC yang menawarkan koleksi musim lepas pada harga lebih rendah, menjadikannya outlet pertama BOKITTA di dunia dan satu lagi langkah dalam perkembangan jenama ini.

Sambutan terhadap koleksi Monogram juga sangat memberangsangkan apabila ia pernah habis terjual dalam tempoh sehari ketika pelancaran di Suria KLCC sebelum ini. Situasi itu memberi gambaran jelas bahawa permintaan terhadap produk BOKITTA masih kuat dan terus berkembang.

Akhirnya, apa yang berlaku kepada BOKITTA hari ini bukan sekadar tentang butik yang lebih besar atau koleksi yang lebih banyak. Ia tentang perjalanan sebuah jenama tempatan yang terus bergerak seiring dengan perubahan gaya hidup wanita moden, tanpa meninggalkan identiti yang sudah dibina sejak sekian lama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat