Sidang DKU boleh bantu selesaikan krisis Seri Menanti – Peguam

KUALA LUMPUR – Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berpandangan sidang Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan perlu diadakan segera bagi membantu merungkai krisis yang sedang melanda institusi Seri Menanti.

Beliau berkata persoalan mengenai alasan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dipecat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 memang berhak ditanya rakyat.

Bagaimanapun, katanya, jawapan kepada persoalan itu hanya berhak diketahui oleh Undang Yang Empat dan DKU Negeri Sembilan kerana perkara tersebut berada dalam kerangka adat Negeri Sembilan.

“Pemecatan ini adalah satu tatacara adat, bukan tatacara common law,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Khairul Azam, Setiausaha DKU wajar memanggil sidang dewan itu dengan segera bagi mengesahkan tiga perkara utama yang kini menjadi pertikaian.

Katanya, perkara itu melibatkan kedudukan Undang Luak Sungai Ujong, pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dan pemasyhuran Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

“Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang hendaklah memanggil sidang DKU bersidang segera,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika Negeri Sembilan berdepan pertikaian serius mengenai kedudukan pembesar memerintah dan peranan Undang Yang Empat dalam menentukan keabsahan takhta Seri Menanti.

Dalam adat dan struktur perlembagaan Negeri Sembilan, Undang Yang Empat bukan sekadar pembesar adat, sebaliknya mempunyai kedudukan penting dalam sistem pemilihan Yang di-Pertuan Besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat