Momokan BERSAMA “pecah undi” tak berkesan, sudah 18,000 daftar keahlian sertai parti Rafizi

KUALA LUMPUR – Data selepas lima hari pelancaran menunjukkan sekitar 18,000 permohonan keahlian dengan Melayu (62 peratus), Cina (15 peratus), India (14 peratus), dan Bumiputera Sabah dan Sarawak (7 peratus).

Menurut Datuk Seri Rafizi Ramli, demografi ini lebih mencerminkan komposisi rakyat Malaysia.

“Dan yang paling besar, 46 peratus tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum ini. Hampir separuh. Pengundi atas pagar yang selama ini tidak “berumah”. Mengundi, tetapi tidak pernah rasa mahu menjadi ahli mana-mana parti. Sekarang mereka datang.

“Yang datang daripada parti lain pula, PKR 29 peratus, diikuti Umno, Pas, Amanah, Bersatu dan MUDA. Semua parti Melayu ada. Maknanya, ada segmen dalam setiap parti yang sudah lama kecewa dan sedang mencari rumah baharu.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, serangan kononnya “pecah undi” nampaknya tidak terpakai berdasarkan data ini, kerana sokongan datang daripada pengundi pelbagai latar yang selama ini tidak mempunyai tempat.

“Saya sendiri menjangkakan keadaan jauh lebih sukar daripada ini. Ada kawan saya cakap boleh capai 30,000 sebulan, saya kata mengarut. Kalau lepas 10,000 pun saya dah anggap baik.

“Saya dan Nik Nazmi sekarang sama-sama menganggur. Bukan boleh bagi apa pun. Tetapi selepas lima hari, sudah 18,000. Insya-Allah melepasi 20,000 sebelum hujung minggu pertama,” ujar Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat