Anwar didakwa senyap sejak ada ura-ura Najib bakal diampun? – Rafique Rashid

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Rafique Rashid Ali mendakwa munculnya khabar angin kononya Datuk Seri Najib Razak bakal mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan.

Pengamal undang-undang itu mendakwa sejak ura-ura itu timbul orang yang paling senyap ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

“Sejak timbul ura-ura Najib Razak diampun/hendak diampun/ akan diampun ini, yang paling senyap adalah PM. Begitu juga Menteri Wilayah Hannah Yeoh.

“Sebenarnya apa pendirian kerajaan? Ini penting kerana Kerajaan Madani maklum ia adalah pihak yang sentiasa akan lawan rasuah dan ada tatakelola.

“Mengapa hipokrit bila ia babit skandal kleptokrasi terbesar dunia? Bagaimana hendak jelaskan kepada rakyat tentang perang antara kelas ini?

“Nampaknya kalau kaya, ada pengaruh, ada kedudukan, ada laba politik akan dapat keistimewaan. Kalau tidak dilayan darjat lain.

“Bagaimana kedudukan denda yang harus dibayar? Sudah langsai? Kalau sudah dari mana sumbernya? Kalau wang-wang sakau dek skandal tersebut dipulangkan? Bagaimana dengan pelaku-pelaku lain, mereka lepas ?

“Adakah pada Anwar ini juga non-issue? Lupakah dia adalah produk pengampunan hasil usaha rakyat menangkan PH 1.0 pada PRU-14.Masa itu rakyat dicari, sekarang ini bagaimana pula? soal Rafique dalam kenyataan medianya pada Selasa.

Menurut beliau, slogan lawan rasuah salah guna kuasa ini oleh Anwar sebenarnya hanya hiasan untuk jerat undi dari rakyat demi kedudukan sendiri sahaja.

“Beberapa hari lalu saya ada persoal tentang jawapan Perdana Menteri mengenai permohonan pengampunan Jho Low daripada Presiden Trump.
Masa itu Perdana Menteri jawab ianya tiada kaitan dengan Malaysia dan itu ada “non-issue”.

“Jawapan sambil lewa itu menghairankan. Lagipun ia babit wang negara. Ia adalah sakau curi samun hingga bilion. Ini semua ayat makanan ruji Anwar. Tapi isu Jho Low dan pengampunan seolah Perdana Menteri tak endah, tak kisah.

“Minggu lepas juga sambil seluruh negara berteka-teki tentang Datuk Seri Rafizi Ramli dan hala tujunya , secara senyap timbul berita pelantikan ahli-ahli baru Lembaga Pengampunan.

“Sebelum itu juga ada berita Najib Razak telah tarik balik rayuan tentang titah addendum. Kebetulan atau tidak, tapi di Malaysia jarang perkara berlaku tanpa bersebab. Terutama zaman Madani yang edan ini.

“Dari skop undang-undang, kuasa pengampunan budi bicara Yang di-Pertuan Agong atau Sultan. Tapi ada badan penasihat yakni Lembaga Pengampunan. Agong dan Raja-Raja Melayu pula secara Perlembagaan mesti bertindak atas nasihat.

“Maka, apa sahaja keputusan Lembaga Pengampunan ini adalah keputusan yang dipersetujui,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat