SHAH ALAM, 17 Mei – Sebuah nama baru mula mencuri perhatian dalam industri emas dan aset bernilai di Malaysia apabila AURUM GOLD secara rasmi memperkenalkan jenamanya menerusi Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Shah Alam.
Majlis eksklusif itu menghimpunkan para usahawan, rakan strategik, jemputan khas serta individu daripada pelbagai latar belakang industri yang hadir bagi menyaksikan pelancaran awal sebuah platform yang membawa pendekatan berbeza dalam dunia emas dan logam berharga. Kehadiran para tetamu pada majlis tersebut menggambarkan minat dan keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi industri emas sebagai satu instrumen perlindungan aset dan kekayaan masa hadapan.
Tidak sekadar memfokuskan kepada aktiviti jual beli emas secara konvensional, AURUM GOLD tampil dengan konsep moden yang menggabungkan pelbagai elemen penting dalam satu platform profesional. Sistem yang diperkenalkan merangkumi perdagangan emas fizikal, bullion premium, perkhidmatan pembelian semula (buy back), pertukaran barang kemas (trade in) serta pelbagai solusi berkaitan aset yang dibangunkan secara lebih sistematik dan menyeluruh.
AURUM GOLD diterajui oleh Co-Founder dan Pengerusi syarikat, Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, yang membawa visi besar untuk membangunkan industri logam berharga moden yang lebih dipercayai, profesional dan mampu berkembang ke peringkat antarabangsa. Berlandaskan prinsip utama iaitu kepercayaan, AURUM GOLD dibangunkan dengan matlamat untuk memberikan keyakinan kepada masyarakat dalam pemilikan dan perlindungan aset berasaskan emas.
Dengan slogan rasmi “Built on Trust. Backed by Real Gold,” syarikat ini percaya bahawa emas bukan sekadar aset simpanan semata-mata, malah menjadi simbol kestabilan dan nilai sebenar yang mampu memberi perlindungan jangka panjang kepada pemiliknya. Pelancaran eksklusif ini juga dilihat sebagai permulaan kepada perancangan yang lebih besar dalam membangunkan industri emas tempatan secara lebih tersusun dan berdaya saing.
AURUM GOLD turut membawa aspirasi besar untuk memperluaskan industri emas di seluruh Malaysia dengan sasaran mengembangkan operasi syarikat melalui pembukaan cawangan di seluruh negara. Selain itu, syarikat juga berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan berpendapatan tinggi, membangunkan pusat perlombongan emas tempatan, mewujudkan pusat penapisan emas (gold refinery) di Malaysia serta memperluaskan jaringan pembekalan dan pengedaran ke pasaran Asia melalui kerjasama industri.
Dalam masa sama, syarikat turut meletakkan sasaran jangka panjang untuk berkembang sehingga ke peringkat penyenaraian awam (IPO) serta melahirkan lebih ramai individu berjaya dalam bidang keusahawanan dan pelaburan emas.

Melalui misinya untuk menjadi sebuah syarikat logam berharga bertaraf global yang dipercayai dalam perlindungan dan pertumbuhan kekayaan jangka panjang, AURUM GOLD komited menggabungkan emas fizikal, bullion premium dan teknologi moden dalam satu sistem yang telus, selamat serta mematuhi standard antarabangsa. Syarikat ini juga memastikan setiap produk emas yang ditawarkan memenuhi piawaian ketulenan dan kualiti yang tinggi, sambil menjadikan pemilikan emas lebih mudah diakses oleh generasi masa kini.
Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD bukan sekadar sebuah acara pelancaran jenama baharu, tetapi turut menjadi simbol kepada permulaan sebuah perjalanan yang lebih besar dalam membentuk masa depan industri emas moden negara. Dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perlindungan nilai aset serta kestabilan kewangan, AURUM GOLD kini bersedia untuk melangkah lebih jauh sebagai jenama yang berpotensi berkembang ke peringkat antarabangsa.


