Bagilah alasan apa pun rakyat tetap nilai Umno ‘pak turut’ DAP – Wan Ahmad Fayhsal dakwa Umno khianat ABATA

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang Datuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar Exco Wanita Umno Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang mempertahankan kononnya kelulusan pemegang sijil UEC dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bukanlah kelulusan Umno semata-mata sebaliknya ia keputusan Kabinet.

Wan Ahmad Fayhsal bahkan mendakwa bahawa Umno telah mengkhianati perjuangan memartabatkan ABATA (Agama, Bangsa dan Tanah air).

“Kak Long (Nurulhidayah), UMDAP tetap UMDAP. Kamu tetap telah khianat perjuangan ABATA!

“Kak Long bagilah apa alasan sekali pun, yang pasti rakyat dan sejarah tetap akan menilai Umno menjadi pak turut DAP (ringkasnya: UMDAP).

“Prof. Emeritus Teo Kok Seong juga mengaitkan begitu – satu kemenangan besar buat DAP hasil pertolongan menteri-menteri Umno dalam Kabinet.

“Dan lihat bagaimana Menteri DAP cuba tunggang tahfiz perbodohkan orang Melayu: oh sebab Kabinet luluskan tahfiz sekali, maka bolehlah UEC pun lulus?

“Tak perlu sembang banyak, PRU nanti kita semua tolak Umno-DAP-PH-BN. Hukum mereka kerana mengkhianati perjuangan moyang kita yang bermati-matian pertahankan tanah air.

“Tolak UMDAP! Tolak Madani Palsu PH! seru beliau.

Nurulhidayah sebelum ini menegaskan, naratif kononnya “UEC kini bebas masuk IPTA tanpa syarat” adalah tidak tepat dan bersifat manipulatif politik.

Kata anak Presiden Umno itu, isu UEC sering dimanipulasi sehingga Umno dituduh “mengkhianati bangsa Melayu”, sedangkan ramai tidak memahami fakta sebenar dan bagaimana sesuatu dasar kerajaan dibuat.

“Hakikatnya, keputusan berkaitan kemasukan lepasan UEC ke IPTA bukan keputusan seorang menteri secara individu, apatah lagi keputusan Umno semata-mata.

“Walaupun Menteri KPT datang daripada Umno, segala keputusan dasar pendidikan negara perlu melalui proses kelulusan Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dipersetujui secara bersama oleh kerajaan.

“Yang lebih penting, ramai sengaja menutup fakta bahawa, UEC sahaja masih tidak diiktiraf secara automatik untuk semua kemasukan IPTA,” katanya.

Menurut beliau, syarat asas tetap wujud iaitu perlu ada kredit Bahasa Melayu, perlu lulus Sejarah, dan hanya program tertentu sahaja dibuka berdasarkan syarat merit universiti.

Malah kata Nurulhidayah lagi, untuk kebanyakan program kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain, syarat akademik tetap ketat dan tertakluk kepada keputusan senat universiti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat