Rakyat boleh tolak pihak jadi penghalang perpaduan Melayu – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa menyeru Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak kecewa dan berputus asa kerana masih gagal menyatukan orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu mengakui usaha menyatukan orang Melayu sukar dijayakan kerana terhalang oleh sikap individu tertentu.

“Saya temui Tun Dr Mahathir pagi ini. Saya bersetuju penyatuan Melayu dan Muafakat Nasional (MN) masih sukar dijayakan kerana sikap individu tertentu.

“Namun kepentingan bersatu padu itu jauh lebih penting dan kita tidak boleh berputus asa.

“Rakyat mahukan perpaduan,dan perpaduan Melayu harus menjadi teras.

“Rakyat boleh menolak pihak yang menjadi penghalang perpaduan Melayu,” gesa Annuar.

Beliau malah mengajak semua untuk meneruskan segala usaha kearah perpaduan dan muafakat.

“Bersatulah wahai kaum muslimin,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat