Bekas pemimpin Amanah Perlis kembali sertai UMNO

KANGAR, — Bekas pemimpin Parti Amanah Negara, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO selepas meletakkan jawatan daripada Amanah serta semua jawatan dalam Pakatan Harapan di peringkat negeri Perlis dan nasional.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menerima pelbagai panggilan, pertemuan dan jemputan daripada pimpinan beberapa parti politik termasuk PKR, PAS, BERSATU dan UMNO.

Menurut Ahmad Fadhzil, selepas pertimbangan mendalam serta perbincangan bersama penasihat dan pasukannya, beliau memilih untuk kembali menyertai UMNO.

“Saya kembali menyertai UMNO,” katanya dalam kenyataan media rasmi hari ini.

Beliau berkata, UMNO bukan asing bagi dirinya kerana pernah menjadi ahli parti itu sejak 2004 melalui Kelab UMNO Luar Negara di Ukraine.

Katanya, beliau juga pernah diberi amanah dalam beberapa portfolio termasuk Biro Kebajikan Pelajar serta Protokol.

“Saya melihat UMNO sebagai Rumah Bangsa — wadah perjuangan yang paling tepat untuk saya meneruskan tanggungjawab demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Ahmad Fadhzil berkata beliau bertekad untuk bersama kepimpinan dan akar umbi bagi memperkukuh UMNO di Perlis.

Katanya, fokus utama perjuangan beliau selepas ini ialah membela nasib Melayu Islam, memacu pertumbuhan ekonomi negeri, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, memartabatkan pendidikan dan memperkasa sistem kesihatan rakyat.

“Perjuangan ini bukan sekadar politik, tetapi satu amanah besar untuk masa depan negeri dan generasi akan datang.

“Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya melangkah masuk semula ke dalam perjuangan ini,” katanya.

Ahmad Fadhzil turut menutup kenyataannya dengan ungkapan: “Saya sudah clock in. Perjuangan diteruskan. Jalan terus.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat