Selat Hormuz hanya laluan 20% bekalan tenaga dunia sedangkan Selat Melaka 80% – Saifuddin tak benarkan kuasa besar buat keputusan unilateral

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus mengawasi keselamatan Selat Melaka dan tidak sesekali membenarkan mana-mana kuasa besar membuat keputusan unilateral terhadap kawasan ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk mengawasi keselamatan Selat Melaka yang merupakan laluan penting dan kapal-kapal dagang dunia.

“Saya tegaskan, Malaysia akan terus mengawasi keselamatan Selat Melaka dan tidak sesekali membenarkan mana-mana kuasa besar membuat keputusan unilateral terhadap kawasan ini.

“Apa yang berlaku di Selat Hormuz memberi peringatan jelas kepada kita tentang betapa kritikalnya laluan strategik dunia.

“Hakikatnya, hampir 20% bekalan tenaga global melalui Selat Hormuz, manakala hampir 80% perdagangan maritim dunia bergantung kepada Selat Melaka,” katanya.

Justeru menurut Saifuddin, ini bukan sekadar soal laluan perdagangan semata-mata, tetapi soal kestabilan, kedaulatan, dan kepentingan negara yang mesti kita pertahankan bersama.

“Konflik yang sedang berlaku di Asia Barat terutama yang menjadi perhatian itu adalah Selat Hormuz memberikan signal yang sangat kuat pada kita kalau selat Hormuz merupakan laluan kepada 20% bekalan tenaga dunia baki 80% lagi itu adalah Selat Melaka.

“Kita kena tengok laluan kapal, kalau kita tengok kalau itu 20% daripada bekalan tenaga dunia tutup ataupun usaha untuk menguasai laluan itu pun sudah mencetuskan satu ketegangan geopolitik yang sebegitu hebat bekalan terganggu, harga dan kesan rantaian bekalan yang lain, apatah lagi Selat Melaka.

“Oleh kerana itu kita kekal dengan pendirian bahawa nombor satu, mengawasi keselamatan selat Melaka yang merupakan laluan penting dan kapal-kapal dagang dunia adalah kewajipan kita dan kita tidak bersedia untuk membenarkan mana-mana pihak membuat unilateral decision ke atas kawasan kita, kita punya tanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan juga kepentingan warga dunia dan itu buat masa sekarang dari segi pendirian centraliti kita.

“Kita mengambil pendirian mengikut kepentingan kita dan sentiasa peka dengan kesan ketegangan geopolitik terhadap ekonomi hanya kerana laluan Selat Hormuz lebih-lebih lagilah kerana baki laluan yang besar itu adalah merupakan laluan Selat Melaka,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat