PH kecam langkah pengkhianatan, tebuk atap Umno-BN Negeri Sembilan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar.

Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil berkata, PH menzahirkan rasa kesal di atas tindakan yang dibuat 14 Adun Umno Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Tindakan ini jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan.

“Tindakan Umno-BN Negeri Sembilan ini telah dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah dilakukan pada ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global, dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat,” selar Menteri Komunikasi itu dalam kenyataan media.

Kata Fahmi lagi, PH memberi komitmen bahawa, seperti yang telah disembah maklum oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Besar, pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar berjalan seperti biasa.

“PH akan kekal memberi kerjasama kepada kepimpinan kerajaan negeri demi kestabilan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat.

“PH juga akan terus mempertahan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat