Setahun jadi Timbalan Presiden PKR, di mana Izzah ketika parti, kerajaan berdepan isu besar? – Rafizi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan peranan Nurul Izzah Anwar selepas setahun menggalas jawatan Timbalan Presiden PKR ketika negara dan parti berdepan isu-isu besar.

Rafizi mengingatkan, sebagai Timbalan Presiden PKR rakyat dan anggota parti mengharapkan kepimpinan, pendirian dan impak.

“Setahun selepas menjadi Timbalan Presiden PKR, satu soalan semakin jelas timbul – di mana Nurul Izzah dalam isu-isu besar parti dan negara?
Beliau berada dalam kedudukan yang sangat sukar.

“Pada masa yang sama, beliau berada terlalu dekat dengan pusat kuasa, sehingga setiap langkah yang diambil akan dibaca dalam bayang-bayang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apabila timbul isu dalaman parti, keputusan pilihan raya negeri, soal rasuah, kontroversi Tan Sri Azam Baki dan pelbagai tekanan politik lain, keadaan itu menjadikan beliau semakin tersepit.

“Jika ke depan, ia boleh menyukarkan parti dan Perdana Menteri.

“Jika berdiam diri, rakyat akan mula bertanya apakah sebenarnya peranan dan impak beliau sepanjang setahun ini,” kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Itulah dilema yang sedang menghimpit PKR sekarang, ujar Rafizi.

“Sebab itu soalan ini semakin sukar untuk dielakkan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat