DAP Negeri Sembilan tak sokong usaha bentuk kerajaan pintu belakang , kekal bersama Aminuddin – Loke

KUALA LUMPUR – DAP Negeri Sembilan mendukung kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Penegasan ini sekali gus menolak sebarang usaha pembentukan kerajaan pintu belakang yang terang-terangan membelakangkan mandat rakyat dan semangat Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, DAP Negeri Sembilan menyokong penuh kepimpinan Aminuddin sebagai Menteri Besar.

“DAP Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat tergempar dan semua 11 Adun Negeri Sembilan termasuk saya menyatakan sokongan berterusan dan sokongan penuh kepada Datuk Seri Aminuddin Harun untuk terus memangku jawatan Menteri Besar .

“Jadi bagi kita kedudukan beliau sebagai Menteri Besar kekal sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

“Apa yang penting bagi kita ialah kelangsungan kerajaan negeri mesti dipertahankan dan pentadbiran mesti dijalankan seperti biasa supaya segala perancangan kemajuan dapat diteruskan. Kita sokong Aminuddin sebagai Menteri Besar,” katanya dalam sidang media di Seremban.

Loke menegaskan, Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bukannya ditubuhkan selepas pilihan raya.

“Kita ada persefahaman sebelum PRN sebelum ini kerana PRN diadakan pada Ogos 2023 selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk di Persekutuan maka kita sertai PRN berkempen atas platform Kerajaan Perpaduan PH-BN, itu mandat rakyat.

“Jadi kalau ada mana- mana pihak menarik sokongan bagi kita itu tidak menghormati mandat rakyat.

“DAP tidak akan menyokong mana-mana usaha kerajaan tebuk atap, no to backdoor government.

“Kita tak akan sokong mana mana pihak untuk tubuhkan kerajaan pintu belakang. 17 PH ,14 BN jelas kita berkempen atas platform itu dan diberikan madat menang tubuh kerajaan negeri.

“Jadi kalau ada pihak nak tubuh kerajaan selain kerajaan sedia ada ini bagi kita membelakangi mandat rakyat Negeri Sembilan,” jelas Loke yang juga Menteri Pengangkutan itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat