Pelancaran Siri HONOR 600 kali ini boleh dilihat sebagai satu usaha yang lebih “realistik” dalam dunia telefon pintar hari ini. Bukan lagi sekadar berlumba spesifikasi paling tinggi, tetapi lebih kepada bagaimana teknologi itu boleh digunakan dalam kehidupan seharian tanpa menyusahkan pengguna.
Menariknya, pelancaran global siri ini bermula di Malaysia. Majlis yang berlangsung di W Kuala Lumpur pada pukul 4 petang tadi memperkenalkan terus dua model utama iaitu HONOR 600 dan HONOR 600 Pro kepada pasaran tempatan terlebih dahulu. Ini secara tidak langsung menjadikan pengguna di Malaysia sebagai antara yang pertama merasai pengalaman peranti ini sebelum negara lain.
Dari sudut pendekatan, HONOR nampaknya cuba membawa satu perubahan kecil tetapi penting. Fokusnya bukan lagi sekadar “telefon paling laju” atau “kamera paling besar”, tetapi telefon yang benar-benar mudah digunakan dalam rutin harian. Sebab itu kita nampak banyak ciri yang sebenarnya lebih dekat dengan penggunaan sebenar pengguna, bukan sekadar demo di atas pentas.
Ambil contoh kamera. Siri ini hadir dengan sensor 200MP, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana gambar itu diproses. Dengan bantuan AI, hasil gambar lebih stabil dalam pelbagai situasi termasuk cahaya rendah dan jarak jauh. Versi Pro dengan zum sehingga 120x memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna yang suka fotografi, manakala model standard dengan zum 30x sudah mencukupi untuk kegunaan biasa.

Yang lebih menarik ialah fungsi AI Image to Video 2.0. Dalam penggunaan harian, ramai orang sebenarnya banyak simpan gambar dalam telefon tanpa digunakan. Dengan fungsi ini, gambar tersebut boleh terus diubah menjadi video pendek hanya dengan beberapa langkah mudah. Ini menjadikan telefon lebih aktif membantu pengguna mencipta kandungan, bukan sekadar menyimpan memori.
Dari segi prestasi, HONOR membezakan dua pengalaman yang jelas. HONOR 600 Pro menggunakan Snapdragon 8 Elite yang lebih sesuai untuk pengguna berat seperti gaming atau multitasking. HONOR 600 pula menggunakan Snapdragon 7 Gen 4 yang masih sangat lancar untuk kegunaan harian seperti media sosial, streaming dan aplikasi kerja. Jadi pengguna boleh pilih ikut keperluan, bukan sekadar ikut spesifikasi paling tinggi.
Bateri 7,000mAh pula antara aspek yang paling praktikal dalam siri ini. Dalam dunia sebenar, ini bermaksud pengguna boleh gunakan telefon dari pagi hingga malam tanpa terlalu risau tentang bateri. Dengan pengecasan pantas 80W, walaupun bateri besar, masa untuk cas semula masih cepat dan tidak membebankan.
Paparan 120Hz dengan kecerahan tinggi pula menjadikan pengalaman penggunaan lebih selesa, sama ada di dalam atau luar bangunan. Ini mungkin nampak biasa, tetapi dalam penggunaan harian seperti scroll media sosial atau menonton video, perbezaannya memang terasa.

Dari segi ketahanan, penarafan IP68 dan IP69K serta perlindungan jatuh memberi sedikit ketenangan kepada pengguna. Telefon hari ini bukan sekadar untuk gaya, tetapi juga perlu tahan untuk penggunaan jangka panjang. Jadi aspek ini walaupun tidak “glamour”, sebenarnya sangat penting.
Untuk harga pula, HONOR 600 ditawarkan pada RM2,599 (12GB + 512GB), manakala HONOR 600 Pro bermula RM3,099 (12GB + 256GB) dan RM3,299 (12GB + 512GB). Dalam pasaran Malaysia, julat ini berada dalam kategori yang sangat kompetitif kerana ia menawarkan spesifikasi hampir flagship pada harga yang masih terkawal.
Tambahan pula, pratempahan yang berlangsung sehingga 29 April memberi nilai tambahan seperti rebat RM200 serta hadiah percuma seperti Fujifilm Instax Mini LiPlay+ atau HONOR CHOICE Watch 2 Epic bergantung pada model. Ini menjadikan pakej awal lebih menarik untuk pengguna yang ingin mencuba lebih awal.
Secara keseluruhannya, Siri HONOR 600 nampak seperti satu usaha untuk “menyederhanakan” teknologi yang kompleks. Ia tidak cuba menjadi paling ekstrem dalam semua perkara, tetapi cuba jadi cukup kuat dalam semua aspek penting. Dan dalam penggunaan harian, pendekatan seperti ini kadang-kadang lebih bermakna daripada sekadar angka spesifikasi yang besar di atas kertas.
untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.honor.com/my/



