Tak perlu tergesa-gesa lantik Ketua Pembangkang, biar lambat asal selamat – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Pembangkang baharu tidak boleh diadakan tergesa-gesa kerana memerlukan penelitian rapi dan pandangan menyeluruh daripada semua pihak dalam blok pembangkang.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, proses itu bukan sahaja melibatkan Pas tetapi semua parti komponen serta ahli Parlimen pembangkang termasuk dari Malaysia Timur.

Kata beliau, pendekatan berhati-hati dalam membuat pelantikan itu adalah langkah terbaik walaupun dilihat mengambil masa apatah lagi Parlimen hanya bersidang Jun ini, menurut Utusan di Kuala Terengganu pada Khamis.

“Parlimen belum bersidang lagi. Orang tua kata, biar lambat asal selamat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Raya Pas Terengganu di Dataran Shahbandar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat