Anwar harap lawatan PM Australia redakan ketegangan serantau

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kunjungan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese akan terus memperkukuh usaha diplomatik dalam meredakan ketegangan serantau.

Anwar juga optimis lawatan rasmi Albanese ini dapat memastikan kelangsungan laluan perdagangan antarabangsa serta kestabilan rantaian bekalan tenaga demi kesejahteraan bersama.

“Meraikan ketibaan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese yang memulakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat.

“PM Albanese dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

“Insya-Allah, lawatan ini akan terus memperkukuh usaha diplomatik dalam meredakan ketegangan serantau, di samping memastikan kelangsungan laluan perdagangan antarabangsa serta kestabilan rantaian bekalan tenaga demi kesejahteraan bersama.

“Moga lawatan ini membuka lembaran baharu dalam mempererat hubungan Malaysia–Australia ke tahap yang lebih dinamik dan bermakna,” kata Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat