Kerajaan perkenal insentif RM3.5 juta sokongan pensijilan MSPO bagi peniaga buah kelapa sawit – Noraini

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kerajaan memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta bagi menyokong peniaga buah kelapa sawit, memperoleh pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad.

Noraini berkata inisiatif ini merupakan langkah proaktif Kerajaan bagi membantu peniaga buah kelapa sawit memenuhi keperluan pematuhan semasa, di samping memperkukuh daya tahan rantaian bekalan sawit negara.

“Lebih 3,000 peniaga buah kelapa sawit yang layak di seluruh negara dijangka menerima manfaat, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

“Permohonan bagi insentif ini boleh dikemukakan kepada MSPO mulai 15 April 2026 melalui sistem e-MSPO, ”katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuh pelaksanaan menyeluruh MSPO 2.0, di samping menyokong agenda negara dalam memastikan industri sawit Malaysia terus berkembang secara mampan, bertanggungjawab dan berdaya tahan.

Ujarnya, Kerajaan menjangkakan langkah ini akan membantu memperluas liputan pensijilan dalam kalangan peniaga buah kelapa sawit, seterusnya mengukuhkan keseluruhan ekosistem rantaian bekalan sawit negara.

“Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang bertanggungjawab dan berfokus bagi memastikan industri sawit negara kekal stabil, berdaya saing dan diyakini pasaran.

“Dalam keadaan semasa, adalah penting setiap langkah yang diambil dapat memberi sokongan yang berkesan kepada pemain industri, khususnya yang terlibat secara langsung dalam rantaian bekalan sawit negara,”ujarnya lagi.

Tambahnya, inisiatif if ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh keyakinan terhadap sektor sawit negara di pasaran domestik dan antarabangsa.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat